Showing posts with label e-dagang. Show all posts
Showing posts with label e-dagang. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

Faktor-faktor Pendorong Penggunaan E-dagang di Malaysia



Sebelumya, kepentingan berserta cabaran e-dagang telah dibincang dan diulaskan. Selain itu terdapat juga factor-faktor pendorong bagi penggunaan e-dagang di Malaysia.  Sudah diketahui bahawa implimentasi e-dagang adalah disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang menjadi pendorong dan kestabilannya di Malaysia. Oleh hal demikian antara faktornya adalah perkembangan ekonomi secara mampan, pendapatan yang lebih tinggi serta peluang keusahawanan baru akan menyumbang kepada perkembangan sektor perdagangan yang lebih pesat, ianya mendorong masyarakat Malaysia menceburi bidang perniagaan iaitu e-dagang. Saiz penduduk, proses pembandaran, perubahan gaya hidup dan corak penggunaan dijangka memberi kesan terhadap peningkatan arus perubahan dalam aktiviti borong dan runcit domestik. Di samping dapat menjana peluang pelaburan dan guna tenaga yang banyak dalam pelbagai sektor, e-dagang akan menyediakan rangkaian dalaman dan antara sektor yang lebih luas. Sejajar dengan perkembangan baru, perniagaan tradisional dan kecil akan digalakkan menaik taraf dan menerima amalan perniagaan moden bagi mempercepatkan integrasi perniagaan dengan sistem perdagangan berkembang secara cekap dan berdaya saing sejajar dengan prinsip persaingan dan perdagangan adil (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, 2006).
Tambahan pula,  e-dagang turut memberikan faktor sosial yang berkembang  pesat seiring dengan kecanggihan teknologi dalam melahirkan pelbagai medium laman sosial yang aktif. Situasi ini mendorong pengguna  yang telah membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatan untuk memberi maklumbalas yang positif atau sebaliknya. Malah, pengguna juga akan menyalurkan maklumat danmemberi saranan  kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba dan menggunakan perkhidmatan e-dagang.Dalam hal ini, pentingnya media sosial dalam e-dagang seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram dan blog kerana ianya amat membantu dalam meluaskan perniagaan.


 Malah, kepercayaan juga merupakan salah satu faktor pendorong kepada penggunaan e-dagang di Malaysia. Faktor ini merupakan faktor asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna untuk melakukan pembelian secara online ini. Melalui faktor ini kita mampu dan dapat mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi yang sedia ada. Ini termasuklah dengan adanya laman sesawang produki yang bersistematik, pengurusan jual beli yang menjadi kepercayaan pelanggan yang menggunakan aplikasi tersebut.

Cabaran penggunaan e-dagang di Malaysia



Tidak dinafikan bahawa, e-dagang mempunyai cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia ekoran perniagaan secara ini menggunakan media sosial seperti internet. Menurut Rothschild(2011), pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti. 

Malah, Malaysia yang kini menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka akan menjadi penting bagi Negara. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Kepesatan globalisasi dalam abad ke-21 adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh semua negara pada masa kini. Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran ekonomi dan budaya yang berpunca dari globalisasi. Oleh itu, antara cabaran-cabaran e-dagang di Malaysia adalah seperti berikut:

1.    Kekurangan kadar kelajuan internet di kawasan tertentu di Malaysia
Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara (Turban dan King, 2003). Tambah Turban dan King (2003) lagi, bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan. Hal ini demikian kerana, maklumat dan informasi yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan perlu disediakan oleh pembekal. Pengguna akan mendapat maklumat tersebut menerusi laman sesawang dan ini akan memberi impak yang positif apabila pengguna turut melakukan proses pembelian dan kegiatan perdagangan menerusi Internet.

2.    Kaedah pembayaran
Sudah diketahui bahawa setiap kali membeli produk melalui internet yang menggunakan e-dagang pastinya memerlukan pembayaran secara talian. Namun, tidak semua orang memiliki online banking. Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).
Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. 

3.    Kemahiran dan pengetahuan menggunakan komputer
Sememangnya e-dagang memerlukan tenaga manusia yang mahir dan berpengetahuan yang tinggi dalam menggunakan teknologi dan komputer. Hal ini kerana pembaharuan perniagaan secara talian amat penting bagi sesiapa sahaja yang cekap dalam mengendalikan perisian teknologi media sosial. Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual.
Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL). Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. 

Tahap Penggunaan e-dagang di Malaysia



Berdasarkan laman web Internet Lives Stats, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook. Media sosial telah dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan perniagaan, ruang iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui Internet, apa sahaja yang diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah. 

Penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah dan di peringkat awal perkembangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedangkan kebanyakan negara lain telah mula menggunakan dan mengamalkan media sosial dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. Walaupun ia tidak begitu, penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan saban tahun.


Kita sudah ketahui media sosial menawarkan peluang yang banyak untuk keterlibatan pengguna dan untuk membina kesedaran jenama. Namun, dalam ruang yang begitu terbuka dan dinamik, amat penting dipertimbangkan tindakan yang dilakukan dengan teliti. Media sosial dipacu oleh pengguna dan ciri yang benar-benar menjadikannya usul yang menggoda bagi peniaga, iaitu saling berhubung dengan pengguna dalam talian. Kepantasan maklumat merentasi rangkaian amat menakjubkan. Apabila menyebut mengenai media sosial, ianya bukan sahaja berkaitan dengan sekadar menhantar mesej, tetapi ia sebenarnya mengundang gerak balas, dan sesuatu yang diperolehi mungkin tidak seperti yang diharapkan. Sekurang-kurangnya ia memerlukan strategi untuk melibatkan diri dengan pemasaran media sosial supaya kelajuan media tidak menyebabkan seseorang itu ketinggalan.

Dengan jumlah pengguna Internet di dunia mencecah 2095 juta orang (www.internetworldstats.com), media sosial kini menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul dan membentuk kumpulan berdasarkan kepentingan dan minat masing-masing sehingga terbentuknya komuniti dalam talian. Dengan perkembangan teknologi pengkomputeran dan jaringan internet serta pelbagai aplikasi baru, media sosial semakin tidak dapat diketepikan oleh orang ramai kerana sifat interaktifnya sehingga menjadi fenomena global pada masa kini, dan Asia merupakan pasaran terbesar dari segi partisipasi pengguna. Dengan meledaknya penggunaan media sosial di seluruh dunia, penggunaan media sosial di Malaysia turut terpengaruh.

“Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook”.
Kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider pada 28 Oktober 2015 mengeluarkan laporan bahawa bilangan pengguna Internet aktif di negara ini kini melebihi 20.1 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata perkembangan itu berdasarkan kepada kadar penembusan jalur lebar yang mencapai 72.2%, menunjukkan masyarakat di negara ini menuju ke arah gaya hidup digital. Pengaruh aktiviti perniagaan di Malaysia mencatat perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini urusan pembelian barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna di Malaysia. Ini turut dibantu dngan kehadiran laman web gergasi yang mampu meningkatkan aktiviti jualan secara dalam talian di internet.

Selain itu, lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia,sedikit sebanyak membantu usahawan dalam urusan jual beli secara dalam talian khususnya untuk pasaran Asia. Ini kerana, kedudukan yang strategik memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.

Menurut kajian Open Minds Resources.com, 29% daripada pengguna di Malaysia memperuntukkan masa 1 hingga 2 jam untuk membeli belah di internet. Rata-rata pengguna tidak kisah untuk berbelanja ratusan ringgit membeli-belah di internet. Infografik berikut memberi huraian yang lebih lengkap berkenaan dengan aktiviti jual beli secara dalam talian di Internet. Malah, menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.

Justeru, media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan bagi menjalankan aktiviti pemasaran secara e-dagang.DI Malaysia terdapat usahawan tempatan yang berjaya dalam memasarkan produk dengan menggunakan e-dagang seperti Vivy Yusof dalam laman niaganya iaitu FashionValet.com. Oleh hal demikian,  tahap penggunaan media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang perniagaan atas talian atau dikenali sebagai e-dagang.  Selain itu juga, menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah (Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin, 2013).

Kepentingan E-dagang di Malaysia

Saban hari perniagaan berimpak tinggi di Malaysia iaitu e-dagang menjadi tumpuan dan kian digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Malah, sehingga kini sudah ramai yang berjaya membina rangkaian perniagaan Internet. Ada yang menjual produk kesihatan, pakaian, tudung, kosmetik dan sebagainya. Malah setiap hari kita boleh lihat akan muncul 3 hingga 10 orang peniaga yang mengusahakan perniagaan secara atas talian. Ditambah pula dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadikan pengguna internet di negara ini mencecah 18 juta pada 2012 dan dijangka meningkat sehingga 25 juta menjelang 2016. Faktor ini juga adalah penyumbang terbesar kepada perkembangan perniagaan Internet di alam maya ini
Bahkan juga peningkatan penggunaan telefon pintar di negara kita yang mencecah 63 peratus dengan trend terkini masyarakat lebih suka membeli-belah secara dalam talian turut menggalakkan graduan menceburi perniagaan sebegini. Kewujudan sistem e-dagang ini juga telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan juga transaksi kewangan tanpa had masa dan juga sempadan (Ahmad Syahrul, Zobaidah & Sham, 2012). Segala jenis perhubungan dan juga penyebaran informasi perdagangan telah menjadi titik penting dalam usaha untuk mengembangkan dan juga memperluaskan penggunaan sistem e-dagang secara global. Apatah lagi dengan adanya Zalora.com, Fashionvalet.com dan lazada.my di Malaysia yang kian digunakan dan mendapat tumpuan. Perniagaan e-dagang secara global ini membolehkan sesiapa sahaja membeli dan memiliki keinginan dan barang yang dimahukan tanpa halangan. Hanya menggunakan jari, transaksi dan penghantaran wang secara online serta kiriman barangan yang pantas menjadi kelebihan e-dagang.















Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan Internet semakin mendapat sambutan hangat iaitu memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna. Walau bagaimanapun, perniagaan Internet juga mempunyai keburukan yang tidak dapat dijangka.
E-dagang memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana, pihak peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para peniaga juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat tempahan melalui Internet sahaja.
Di samping itu, e-dagang juga dapat meluaskan pasaran di serata dunia. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka berjenama murah bukan sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke luar negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India, mahupun Amerika Syarikat. Penjualan barang di luar negara bukan sahaja memperkenalkan jenama produk Malaysia Ahmad Syahrul, Zobaidah & Sham, 2012)., malah memberi keuntungan besar di samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan mereka.
Selain itu, e-dagang juga memberikan impak kepada ekonomi negara, lebih-lebih lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya setiap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk pelancongan mereka iaitu dengan membuat promosi mereka melalui Internet supaya pasaran akan lebih luas sehingga ke luar negara. Keadaan ini dapat menarik pelancong yang lebih banyak untuk datang dan bercuti ke Malaysia. Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing bukan sahaja meningkat, malah persaingan antara negara maju yang lain juga dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia juga mampu memberikan saingan yang hebat dalam sektor pelancongan melalui penggunaan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.
Di samping itu, kadar penggunaan media sosial seperti facebook yang mencecah kepada 46.6 peratus turut sama menyumbang kepada perkembangan e-dagang (Ahmad Syahrul, Zobaidah & Sham, 2012). Apatah lagi pengiklanan secara percuma di media sosial seperti di facebook ini adalah yang terbaik disebabkan hampir setiap daripada kita mempunyai akaun facebook sendiri.

Pengenalan e-dagang



Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet pada hari ini telah banyak menyumbang dalam kemajuan bidang perniagaan. Fungsi Internet yang paling utama adalah sebagai satu platform kepada entiti perniagaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa halangan kos, masa dan tempat. Jelasnya Internet menawarkan banyak kemudahan tambahan kepada perniagaan biasa. Secara keseluruhannya perdagangan elektronik, dipanggil sebagai E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.









Menerusi penggunaan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Definisi E-dagang



Definisi e-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Ianyan merupakan proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran  dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan. Perkara ini dapat memudahkan pelanggan dan penjual kerana bersistematik dan efisien.



Infrastruktur E-dagang serta cabarannya di Malaysia

Mukadimah E-dagang



Kewujudan internet Malaysia bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom) diwujudkan pada tahun 1987 (Ezaleila & Azizah, 2011). Sungguhpun demikian, MIMOS yang ditubuhkan pada tahun 1985 telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkhidmatan internet kerana projek RangKom terbesar menjadi projek “Joint Advanced Research Integrated Network” atau dikenali sebagai rangkaian bersepadu “JARING” pada taun 1991. Projek ini mempromosikan pertukaran maklumat dan pembangunan pangkalan data melalui capaian internet dengan kos yang tidak membebankan. Oleh hal demikian kemunculan internet mempengaruhi trasnformasi secara positif melalui perniagaan. Perniagaan melalui internet adalah merujuk kepada segala apa jua jenis perniagaan yang dapat dijalankan melalui internet. 



Pada asasnya perniagaan melalui internet juga memiliki ciri-ciri yang sama dengan perniagaan biasa seperti membuka kedai buku, kedai kain atau kedai bunga. Perniagaan melalui internet melibatkan transaksi jualan untuk produk barangan dan juga produk perkhidmatan. Kepelbagaian jenis perniagaan yag dapat dijalankan melalui internet telah membuka peluang yang amat luas kepada sesiapa sahaja yang ingin mencebur diri dalam perniagaan melalui internet secara sambilan atau sepenuh masa. Kepesatan perniagaan dalam internet sedikit sebanyak menimbulkan kedewasaan perniagaan yang matang lantaran menjadi e-dagang.