Sebelumya, kepentingan berserta cabaran e-dagang telah
dibincang dan diulaskan. Selain itu terdapat juga factor-faktor pendorong bagi
penggunaan e-dagang di Malaysia. Sudah
diketahui bahawa implimentasi e-dagang adalah disebabkan oleh beberapa
faktor-faktor yang menjadi pendorong dan kestabilannya di Malaysia. Oleh hal
demikian antara faktornya adalah perkembangan
ekonomi secara mampan, pendapatan yang lebih tinggi serta peluang keusahawanan
baru akan menyumbang kepada perkembangan sektor perdagangan yang lebih pesat,
ianya mendorong masyarakat Malaysia menceburi bidang perniagaan iaitu e-dagang.
Saiz penduduk, proses pembandaran, perubahan gaya hidup dan corak penggunaan
dijangka memberi kesan terhadap peningkatan arus perubahan dalam aktiviti
borong dan runcit domestik. Di samping dapat menjana peluang pelaburan dan guna
tenaga yang banyak dalam pelbagai sektor, e-dagang akan menyediakan rangkaian
dalaman dan antara sektor yang lebih luas. Sejajar dengan perkembangan baru,
perniagaan tradisional dan kecil akan digalakkan menaik taraf dan menerima
amalan perniagaan moden bagi mempercepatkan integrasi perniagaan dengan sistem
perdagangan berkembang secara cekap dan berdaya saing sejajar dengan prinsip
persaingan dan perdagangan adil (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,
2006).
Tambahan pula,
e-dagang turut memberikan faktor sosial yang berkembang pesat
seiring dengan kecanggihan teknologi dalam melahirkan pelbagai medium laman
sosial yang aktif. Situasi ini mendorong pengguna yang telah membeli atau
menggunakan produk atau perkhidmatan untuk memberi maklumbalas yang positif
atau sebaliknya. Malah, pengguna juga akan menyalurkan maklumat danmemberi
saranan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba
dan menggunakan perkhidmatan e-dagang.Dalam hal ini, pentingnya media sosial
dalam e-dagang seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram dan blog kerana
ianya amat membantu dalam meluaskan perniagaan.
Malah, kepercayaan
juga merupakan salah satu faktor pendorong kepada penggunaan e-dagang di
Malaysia. Faktor ini merupakan faktor asas dalam perniagaan atas talian.
Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang dapat meningkatkan tahap
keyakinan pengguna untuk melakukan pembelian secara online ini. Melalui faktor
ini kita mampu dan dapat mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang
pengguna dalam menggunakan aplikasi yang sedia ada. Ini termasuklah dengan
adanya laman sesawang produki yang bersistematik, pengurusan jual beli yang
menjadi kepercayaan pelanggan yang menggunakan aplikasi tersebut.
No comments:
Post a Comment