Tidak dinafikan bahawa, e-dagang mempunyai cabaran dalam
pelaksanaannya di Malaysia ekoran perniagaan secara ini menggunakan media
sosial seperti internet. Menurut Rothschild(2011), pendekatan komunikasi media
sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog
sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian
pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini
membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi
antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa
bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian
jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti.
Malah, Malaysia yang kini menuju ke arah negara
perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka akan
menjadi penting bagi Negara. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi
lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan
pembangunan perusahaan yang lebih besar. Kepesatan globalisasi dalam abad ke-21
adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh semua negara pada masa kini.
Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran ekonomi dan budaya
yang berpunca dari globalisasi. Oleh itu, antara cabaran-cabaran e-dagang di
Malaysia adalah seperti berikut:
1. Kekurangan
kadar kelajuan internet di kawasan tertentu di Malaysia
Ketidakcukupan
perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor utama dalam menjadi
penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara
(Turban dan King, 2003). Tambah Turban dan King (2003) lagi, bagi memenuhi
keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet
jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan. Hal ini demikian kerana,
maklumat dan informasi yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan
perlu disediakan oleh pembekal. Pengguna akan mendapat maklumat tersebut
menerusi laman sesawang dan ini akan memberi impak yang positif apabila
pengguna turut melakukan proses pembelian dan kegiatan perdagangan menerusi
Internet.
2. Kaedah pembayaran
Sudah diketahui bahawa
setiap kali membeli produk melalui internet yang menggunakan e-dagang pastinya
memerlukan pembayaran secara talian. Namun, tidak semua orang memiliki online
banking. Transaksi
e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli
membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit
mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan
membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk
menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak
akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui
kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh
Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).
Selain itu,
terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang
membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan
teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure)
dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad
dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Salah satu isu yang
amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap
keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksi
melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta
nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer.
3. Kemahiran dan pengetahuan
menggunakan komputer
Sememangnya e-dagang memerlukan tenaga manusia yang mahir
dan berpengetahuan yang tinggi dalam menggunakan teknologi dan komputer. Hal
ini kerana pembaharuan perniagaan secara talian amat penting bagi sesiapa sahaja
yang cekap dalam mengendalikan perisian teknologi media sosial. Transaksi e-dagang biasanya
melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit
dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian,
mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan
oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual
memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran.
Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual.
Di antara
teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic
Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure
Socket Layer (SEL). Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah
diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital
(digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi
PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula
dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web
Jaring's Mall. Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah
kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu
terhadap keselamatan transaksi melalui talian dimana terdapat kemungkinan
maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam
sistem komputer.
No comments:
Post a Comment