Berdasarkan laman web Internet Lives Stats, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook. Media sosial telah dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan perniagaan, ruang iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui Internet, apa sahaja yang diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah.
Penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah dan di peringkat awal perkembangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedangkan kebanyakan negara lain telah mula menggunakan dan mengamalkan media sosial dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. Walaupun ia tidak begitu, penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan saban tahun.
Kita sudah ketahui media sosial menawarkan peluang yang banyak untuk keterlibatan pengguna dan untuk membina kesedaran jenama. Namun, dalam ruang yang begitu terbuka dan dinamik, amat penting dipertimbangkan tindakan yang dilakukan dengan teliti. Media sosial dipacu oleh pengguna dan ciri yang benar-benar menjadikannya usul yang menggoda bagi peniaga, iaitu saling berhubung dengan pengguna dalam talian. Kepantasan maklumat merentasi rangkaian amat menakjubkan. Apabila menyebut mengenai media sosial, ianya bukan sahaja berkaitan dengan sekadar menhantar mesej, tetapi ia sebenarnya mengundang gerak balas, dan sesuatu yang diperolehi mungkin tidak seperti yang diharapkan. Sekurang-kurangnya ia memerlukan strategi untuk melibatkan diri dengan pemasaran media sosial supaya kelajuan media tidak menyebabkan seseorang itu ketinggalan.
Dengan jumlah pengguna Internet di dunia mencecah 2095 juta orang (www.internetworldstats.com), media sosial kini menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul dan membentuk kumpulan berdasarkan kepentingan dan minat masing-masing sehingga terbentuknya komuniti dalam talian. Dengan perkembangan teknologi pengkomputeran dan jaringan internet serta pelbagai aplikasi baru, media sosial semakin tidak dapat diketepikan oleh orang ramai kerana sifat interaktifnya sehingga menjadi fenomena global pada masa kini, dan Asia merupakan pasaran terbesar dari segi partisipasi pengguna. Dengan meledaknya penggunaan media sosial di seluruh dunia, penggunaan media sosial di Malaysia turut terpengaruh.
“Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook”.
Kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider pada 28 Oktober 2015 mengeluarkan laporan bahawa bilangan pengguna Internet aktif di negara ini kini melebihi 20.1 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata perkembangan itu berdasarkan kepada kadar penembusan jalur lebar yang mencapai 72.2%, menunjukkan masyarakat di negara ini menuju ke arah gaya hidup digital. Pengaruh aktiviti perniagaan di Malaysia mencatat perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Pada hari ini urusan pembelian barangan fizikal melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna di Malaysia. Ini turut dibantu dngan kehadiran laman web gergasi yang mampu meningkatkan aktiviti jualan secara dalam talian di internet.
Selain itu, lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia,sedikit sebanyak membantu usahawan dalam urusan jual beli secara dalam talian khususnya untuk pasaran Asia. Ini kerana, kedudukan yang strategik memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.
Menurut kajian Open Minds Resources.com, 29% daripada pengguna di Malaysia memperuntukkan masa 1 hingga 2 jam untuk membeli belah di internet. Rata-rata pengguna tidak kisah untuk berbelanja ratusan ringgit membeli-belah di internet. Infografik berikut memberi huraian yang lebih lengkap berkenaan dengan aktiviti jual beli secara dalam talian di Internet. Malah, menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.
Justeru, media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan bagi menjalankan aktiviti pemasaran secara e-dagang.DI Malaysia terdapat usahawan tempatan yang berjaya dalam memasarkan produk dengan menggunakan e-dagang seperti Vivy Yusof dalam laman niaganya iaitu FashionValet.com. Oleh hal demikian, tahap penggunaan media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang perniagaan atas talian atau dikenali sebagai e-dagang. Selain itu juga, menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah (Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin, 2013).
No comments:
Post a Comment