Pelancongan menjadi salah satu industri
terpenting kerana bukan saja berupaya mengembangkan dimensi fizikal dan ekonomi
negara tetapi juga sektor sosial, budaya, politik dan teknologi. Semenjak
kebelakangan ini, pelancong Malaysia semakin gemar melakukan aktiviti
pelancongan antarabangsa berbanding domestik. Pergerakan ini boleh dikaitkan
dengan faktor kemudahsampaian dan pelbagai promosi pelancongan melalui tambang
murah ke destinasi terkenal dunia melaui pelbagai syarikat penerbangan di
seluruh negara. Oleh itu, industri pelancongan kian mendapat tempat di hati
orang ramai sehinggakan alirannya menguntangkan dan menjadi salah satu bidang
keusahawanan yang berjaya.
No comments:
Post a Comment