Tuesday 29 November 2016

Industri Pelancongan di Malaysia



Secara tradisional, pelancongan menjurus kepada keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang mempersonakan. Pelancong dalam dan luar negara menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa, sehingga menjadi terapi dan pelarian daripada urusan hidup yang begitu rencam. Malaysia memang kaya dengan destinasi pelancongan yang terhebat seperti Langkawi, Pulau Pinang, pesisiran pantai Terengganu, Hutan Belum dan Taman Negara di Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehijauan hutan tropika, desiran angin sepoi-sepoi bahasa di pinggir pantai dan pengembaraan di tempat-tempat peranginan menjadikan Malaysia bagaikan syurga dunia yang menggamit kedatangan pelancong. 

Malah, pelancongan mempunyai banyak maksud mengikut pandangan pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam industri pelancongan. Perkataan “Tourism” berasal daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Leiper (1981) mentakrifkan pelancongan sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.
Semantara World Tourism Organization (WTO) pula mendefinisikan pelancongan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Ini menjelaskan bagaimana berlakunya pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestic dan pelancongan kebangsaan. Selain itu, McIntosh dan et. al. (1995) pula mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pen pelawat asing. Dalam kata lain, pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh sehari dengan tujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa bagi memajukan Negara, menerusi keusahawanan dan  yang membawa kemajuan dan transformasi dalam industri pelancongan. Pelancongan mempunyai pelbagai maksud berdasarkan kepada perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam sektor pelancongan. Industri pelancongan boleh disimpulkan sebagai sebuah organisasi penginapan dan pengangkutan serta organisasi pendidikan.  Berdasarkan kepada istilah yang diberikan oleh Persatuan Pelancongan Sedunia (WTO), pelancongan merujuk kepada ”aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.” Definisi ini sekaligus membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, domestik dan pelancongan kebangsaan.

No comments:

Post a Comment