Definisi e-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Ianyan merupakan proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan. Perkara ini dapat memudahkan pelanggan dan penjual kerana bersistematik dan efisien.
No comments:
Post a Comment