Industri francais mempunyai tahap pembangunan yang
efisien dalam memastikan perniagaan industri francais tempatan berdaya saing
dengan jenama asing, pengetahuan, pembinaan keupayaan dan kompetensi para
penggiat francais dalam pengurusan francais adalah amat penting. Kerjasama
antara agensi-agensi Kerajaan serta pihak-pihak berkaitan perlu juga diberikan
penekanan supaya usaha pembangunan industri francais adalah berkoodinasi dan
menyeluruh.
Justeru,menerusi tahap pembangunan industri
francais, kemajuan teknologi perlu dieksploitasikan secara menyeluruh bagi
manfaat industri francais negara. Untuk tujuan tersebut, adalah disyorkan
strategi-strategi di bawah teras utama, iaitu:
- Mewujudkan tenaga kerja francais yang bertauliah untuk meningkatkan standard dan memenuhi keperluan industri
- Membina kapasiti dan kecekapan modal insan francais
- Jalinan kerjasama antara Kerajaan, Akademia dan pihak Industri Francais
- Memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan industri francais
Tambahan pula, dalam usaha ke arah pembangunan industri
francais dan menjadikan industri francais yang bersifat dinamik,
penggiat-penggiat francais yang berdisiplin dan beretika perlu dibentuk dari
sekarang. Untuk itu, persekitaran perniagaan yang kondusif dengan rangka
perundangan dan peraturan yang tegas perlu disediakan. Selain itu, peranan institusi
Kerajaan dan bukan Kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pembangunan
industri francais tempatan perlu diperkukuh dan diselaraskan bagi memastikan
pertumbuhan industri yang seimbang.Matlamat ini dapat dicapai dengan :
- Menyediakan persekitaran kawalselia yang kondusif dan mesra perniagaan.
- Mewujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian
- Meningkatkan kecekapan dan penyelarasan institusi penggalak
- Meningkatkan kemudahan pembiayaan, pelaburan dan penerokaan perniagaan francais baru yang strategik
- Meningkatkan peranan badan bukan kerajaan dalam menyokong industri yang diterajui oleh sektor swasta melalui platform rangkaian yang lebih baik.
Justeru, strategi yang digariskan dalam Pelan Induk
Pembangunan Francais Nasional akan dijadikan sebagai hala tuju dan panduan
dalam pencapaian objektif iaitu perkembangan industri francais tempatan dan
sumbangan industri francais kepada ekonomi negara. Memandangkan pertumbuhan
menyeluruh industri francais negara turut memerlukan penglibatan kementerian
dan agensi Kerajaan lain, adalah penting supaya kerjasama rapat di antara
kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan serta penggiat industri francais
diadakan ke arah pencapaian matlamat pembangunan industri francais nasional
yang mampan.
No comments:
Post a Comment