Industri francais sememangnya
menyumbang pendapatan kepada ekonomi Negara. Kerajaan optimis industri francais
negara mampu terus berkembang meskipun berdepan suasana ekonomi global yang
kurang memberangsangkan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Basaruddin Sadali.
Menurutnya, kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk
merancakkan pertumbuhan industri francais, termasuk mengadakan promosi di luar
negara dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(Matrade).
Basaruddin Sadali menyifatkan
destinasi lain untuk program promosi berkenaan ialah Jakarta, Manila dan
Melbourne. Sementara itu, Basaruddin berkata kementerian itu meneruskan Program
Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) dengan peruntukan RM2 juta
setahun. Diperkenalkan dalam Bajet 2015, EFDP bertujuan menambah baik Program
Pembangunan Francais, dengan fokus untuk mengembangkan perniagaan francais ke
pasaran eksport. Selain usaha yang dilaksanakan kementerian dan agensi,
inisiatif francaisor dan francaisi yang sentiasa melakukan penambahbaikan turut
membantu industri mengharungi cabaran ekonomi.Terdahulu, Basaruddin berkata AFM
2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia dengan kerjasama KPDNKK,
akan berlangsung pada 11 Nov. Program ini akan menyaksikan 17 jenama francais
tempatan dan antarabangsa bersaing merebut lima kategori sistem francais dan
tiga kategori terbuka, selain kategori utama iaitu Francais Terbaik 2016.
No comments:
Post a Comment