Tuesday 29 November 2016

Kepentingan Sektor Sawit kepada Malaysia



Menurut Ahmad, Zaimah dan Mohd Noor (2012), Malaysia merupakan negara pengeksport utama minyak sawit dunia. Industri minyak sawit memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi malaysia. Ini terbukti kerana eksport minyak sawit dan hasil keluaran sawit merupakan sumber pendapatan eksport kedua terbesar negara dengan jumlah eksport sebanyak RM 59.8 bilion pada tahun 2010. Halatuju pasaran dan pemasaran industri minyak sawit negara amat penting dalam menjamin kedudukan dalam pasaran minyak sawit dunia. Ditambah pula persaingan yang diberikan oleh negara-negara pengeluar minyak sawit utama dunia dan peningkatan pengeluaran minyak sayuran lain semakin rancak dari semasa ke semasa. Justeru itu, Malaysia perlu membuat perancangan yang strategik dalam meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa.


Malah, sektor minyak sawit Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi serta sosioekonomi negara. Ini terbukti berdasarkan sumbangan industri minyak sawit Malaysia yang merupakan penyumbang keempat terbesar kepada pendapatan negara. Berbekalkan pengalaman dalam industri minyak sawit yang melebihi 100 tahun, menjadikan Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif di pasaran antarabangsa serta menjadi peneraju pasaran dari segi produktiviti dan R&D (Ahmad, Zaimah dan Mohd Noor, 2012),. Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif serta rangka kerja demi meningkatkan penguasaan industri minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa dan secara tidak langsung meningkatkan jumlah pendapatan negara melalui sumbangan dalam industri minyak sawit.

No comments:

Post a Comment