Pada suatu ketika pertanian adalah satu sektor terpenting
di dalam ekonomi Negara dan bukan sahaja penyumbang terbesar pekerjaan kepada
penduduk, malah turut menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan Negara (Raja
Ahmad Zainudin, 2016). Malaysia
mempunyai tanah subur sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika. Justeru,
Malaysia turut menjadi mangsa kepada dasar mercantalisme penjajah di dalam
usaha merebut kekayaan sumber negara, selepas dijajah berabad-abad dan hasil kekayaan
dikaut. Namun, tidak dinafikan kehadiran penjajah turut menyumbang kepada
pembangunan sektor pertanian. Tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit
diperkenalkan. Kaedah pertanian moden diperkenalkan. Banyak ladang dibuka
selepas hasil hutan dieksploitasi.
No comments:
Post a Comment