Tuesday 29 November 2016

Industri Pertanian



Sektor pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan Negara (Kementerian Pertanian Malaysia.
Sehubungan itu, sektor pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga akan dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.

No comments:

Post a Comment