Tuesday 29 November 2016

Sektor pertanian, kepentingan, potensi serta cabarannya di Malaysia

Sektor pertanian memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Malah, sudah diketahui bahawa Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Pertanian adalah satu aktiviti ekonomi utama di Malaysia, walaupun sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun sejak tahun 1970 daripada 28.8 peratus kepada 9.2 peratus pada 2014, tetapi dari segi nilai mutlak, ia meningkat daripada RM51.3 bilion pada 2010 kepada RM58 bilion pada 2014.
 

No comments:

Post a Comment