Tuesday 29 November 2016

Kepentingan Sektor Padi di Malaysia



Seiring dengan matlamat kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan masyarakat. Padi merupakan antara tanaman utama dalam bidang pertanian di Malaysia. Pelbagai teknologi dan pendekatan telah dicipta untuk menjamin bekalan makanan utama di negara ini termasuklah penggunaan jentera untuk menanam padi. Teknik menanam padi secara berjentera telah mula digunakan beberapa tahun yang lepas, tetapi tidak secara meluas. Teknik ini mempunyai kelebihannya tersendiri, antaranya adalah mudah menguruskan rumpai dan air. Tetapi, ia juga mempunyai masalah tersendiri antaranya ialah anak benih di dalam bekas semaian hanya boleh bertahan selama 15 hari atau 2 minggu sahaja. Selepas itu, anak benih akan menjadi kekuningan dan layu kerana kekurangan nutrien. Pekerja ladang, petani dan pembekal anak benih juga kerap menghadapi masalah bekalan kerana kebanyakan petani terpaksa menanam anak benih antara 13 – 15 hari umur anak benih dan pembekal pula perlu menghantar anak benih sebelum umur 15 hari dan kerja- kerja ladang pula perlu disiapkan dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa adalah sangat kritikal pada masa ini. Masalah ini dapat diatasi melalui granul yang dijadikan medium tanaman anak benih yang dapat membekalkan nutrien yang cukup untuk anak benih bertahan sehingga melebihi 15 hari. Di dalam medium ini juga mengandungi racun sebagai pelindung daripada serangan perosak. Tidak terkecuali masyarakat petani terutamanya petani padi. Aktiviti pertanian terutama tanaman padi adalah tanaman strategik bagi negara kerana ia menjamin sekuriti makanan negara disamping secara tradisinya golongan petani adalah golongan yang berpendapatan rendah ( Badriyah, Jamal, Zakirah & Kamal, 2014). 


Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19 (Raja Ahmad, 2016).

3 comments: