Industri francais mendatangkan
kepentingan dan merupakan amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak
untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan
mengguna jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan mengikut
tatacara yang ditentukan dalam jangka masa tertentu dan pada lokasi yang
ditentukan. Malah, industry francais
penting apabila ianyamenjadi perkongsian
perniagaan antara pemilik jenama bagi produk atau perkhidmatan (francaisor) dan
pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk, perkhidmatan
dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk
dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan
perniagaan.
No comments:
Post a Comment