FRANCAIS di dalam Akta Francais 1998 adalah sangat luas dan agak terperinci mencakupi aspek-aspek perjanjian kontrak, pemberian hak, penggunaan harta intelektual, pembayaran yuran dan royalti serta tanggungjawab asas francaisor dan francaisi. Francias berasal dari bahasa Anglo-French iaitu kata dasar “Franc” atau “Franchising” yang bermaksud PERCUMA. Di mana tuan punya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchisee).
Francais bermaksud satu
bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais
(francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu
atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut
tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang
ditentukan.
Menurut
Persatuan Francais Malaysia (MFA), dari sudut konsep komersial Francais adalah
satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi
menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem,
lokasi atau kawasan dan jangka masa yang ditentukan. Dari sudut perundangan
(Akta Francais) pula, Francais adalah kontrak atau perjanjian sama ada secara
nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di
mana antaranya. Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan
mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang
ditentukan oleh francaisor.
Dengan
kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk
(francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk
dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk
dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan
perniagaan. Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat
diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain
dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan.
Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk
mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga (francaisi).
No comments:
Post a Comment